KLINIK AMAL & SURGERI SDN. BHD.

Kesihatan Anda Keutamaan Kami

Kami adalah rangkaian klinik swasta yang beroperasi di Melaka, Malaysia. Klinik ini telah diasaskan oleh Dr Hj. Rosziman bin M Ali dan Dr Rahimah binti Puteh. Kami mula beroperasi pada 1hb Oktober 1995 di Taman Bukit Katil, Melaka yang terletak 10km daripada Bandar Melaka.

Kami berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan nombor pendaftaran kami adalah 362869-U.

Kami juga didaftarkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Kesihatan Swasta 2006 (Private Healthcare Facilities and Services Act 2006) dengan nombor pendaftaran 230403-000793-11.

Kami kini mempunyai 2 cawangan yang beroperasi di Melaka. Klinik cawangan kami ini terletak di Taman Teluk Mas dan Taman Semabuk Perdana di dalam daerah Melaka Tengah.