KLINIK AMAL & SURGERI SDN. BHD.

Kesihatan Anda Keutamaan Kami

Dr Rahimah Puteh

Dr Rahimah Puteh adalah lulusan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam tahun 1991 dan telah berkhidmat di Hospital Melaka selama 4 tahun. Di sana beliau telah bertugas di Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar, Jabatan Pediatrik, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Ortopedik dan Traumatologi serta Jabatan Telinga Hidung dan Tekak sebelum beliau meletakkan jawatan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau adalah perintis klinik ini dan memulakan operasi klinik ini di Taman Bukit Katil, Melaka dalam tahun 1995 sebelum ianya berpindah ke lokasi sekarang.

Beliau mempunyai minat mendalam di bidang Sakit Puan dan masalah berkaitan Telinga Hidung dan Tekak.

Dr Hj Rosziman M Ali

Lulus dari Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam tahun 1991 dengan Ijazah Doktor Perubatan.Beliau memulakan karier beliau di Jabatan Perubatan, Hospital Melaka dalam tahun yang sama.Beliau juga mempunyai pengalaman dalam bidang Pediatrik, Obsterik dan Sakit Puan. Pengalaman beliau di Jabatan Ortopedik dan Traumatologi serta di Jabatan Dermatologi  banyak membantu beliau ketika bertugas di klinik ini.

Beliau juga pernah bertugas di Hospital Daerah Alor Gajah serta di Pejabat Kesihatan Melaka Tengah sebagai Pegawai Perubatan Kanan sebelum beliau menyertai klinik ini serta mengasaskan cawangan klinik ini di Taman Seri Teluk Emas, Melaka.