KLINIK AMAL & SURGERI SDN. BHD.

Kesihatan Anda Keutamaan Kami

KEHAMILAN

Tanda-tanda kehamilan

 1.Tidak datang haid

2. Payudara membesar dan puting terasa sensitif

3. Mabuk, mual, muntah, keletihan dan mengantuk

4. Kerap kencing

5. Tidak selesa pada bahagian bawah abdomen (ari-ari)

 

Kaedah pengesanan

1. Alat ujian air kencing- sensitif dan seawal lewat sehari dari tarikh dijangkakan haid bulan itu.

2. Ultrasonografi - sekitar 5 minggu usia kandungan

3. Ujian darah Beta HcG

 

Tarikh jangkaan

 Dikira dari hari pertama haid yang terakhir. Jangkamasa mengandung adalah 280hari

 

Kenaikan berat badan

10-12.5kg pada keseluruhan tempoh kehamilan. Bermula dengan 0.5 kg sebulan pada 5 bulan pertama dan 2 kg sebulan seterusnya sehingga melahirkan.

 

Peringkat kehamilan

Minggu ke 6 - pembentukan otak dan tulang belakang. Denyutan jantung boleh kelihatan  

                      dalam ultrasonografi.

Minggu ke 7 - pembentukan bengkakan pada janin dan ekor pada bayi.

Minggu ke 8 -  Banyak organ bayi terbentuk. Bayi mula bergerak tetapi ibu belum merasai.

Minggu ke 12- Banyak organ utama berfungsi . Kepala kelihatan lebih besar dari anggota lain

.                      Di tahap ini ia tidak mudah dijangkiti virus atau ubatan-ubatan yang      

                       menyebabkan cacat.Rahim boleh dirasai pada abdomen.

Minggu ke 16- Janin mula ketara dan rahim dipenuhi dengan bayi,uri dan cecair             

                      amnion.Perut ibu makin menonjol.

Minggu ke 20- Rambut bayi mulai tumbuh, bulu kening dan bulu mata kelihatan.Mata masih                        tertutup. Bagi ibu yang pertama kali mengandung,beliau boleh merasakan

                       gerakan bayi.

Minggu ke 24- Bayi amat aktif dan ibu dapat merasakan gerakannya dengan jelas

Minggu ke 28- Bayi dianggarkan seberat 1200gram dan sekiranya berlaku kelahiran

                      awal, bayi boleh diselamatkan. Ia perlukan inkubator kerana paru-paru yang

                      belum matang      

Minggu ke 32- Bayi dan organnya lebih matang.Beratnya sekitar 1700gram.

Minggu ke 34-Bayi mula mengambil kedudukan kelahiran dengan kepala menghala ke bawah

                      (pelvik)

Minggu ke 37- Minggu di mana bayi cukup matang untuk dilahirkan

Minggu ke 40- Tempoh purata kehamilan dan cukup bulan

 

Sekiranya pada minggu ke 40 bayi tidak dilahirkan, anda mempunyai 10 hari untuk menunggu. Sekiranya bayi anda kurang bergerak (tidak mencukupi 10 kali dalam 12 jam sehari),turun darah atau pecah air ketuban, pastikan anda ke hospital.

 

Pemakanan

1.Protin (lauk dan sayuran yang secukupnya)

2.Zat besi untuk pembentukan darah

3.Kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat,pembekuan darah yang baik dan fungsi otot dan saraf yang baik.Kekurangan kalsium menyebabkan tulang anda poros

4.Makan 3 kali sehari dengan snek 2-3 kali sehari(kekacang,buahan,bijiran)

5.Minum air sebanyak mungkin

 

Pemeriksaan Doktor

Mulakan lawatan antenatal anda sebaik sahaja anda positif hamil.Pemeriksaan berkala amat penting untuk mengesan masalah seperti kelebihan berat badan, darah tinggi  dsbnya.

Ultrasonografi seawal 6 minggu, 16 minggu, 27 minggu dan 37 minggu untuk memastikan tarikh kandungan betul, perkembangan yang baik, jumlah air ketuban dan bilangan janin,kedudukan uri dan janin dan beberapa jenis kelainan yang boleh dikesan seperti anenkephali, exomphalos, keguguran dsbnya.

 

Masalah kehamilan

 

1.Sakit tulang belakang dan tulang simphisis pubik- amalkan senaman bagi posisi tubuh yang baik. Anda boleh dapatkan nasihat doktor, video dsbnya.

2.Sukar bernafas- disebabkan kurang darah merah, berat badan dan pembesaran rahim yang menghalang fungsi diafram pernafasan yang sempurna.

3.Sembelit-disebabkan kelembaban fungsi usus dan pil zat besi yang diambil.Ambil serat buahan dan sayuran yang banyak untuk mengatasinya berserta air yang banyak.

4.Mabuk,mual,muntah,rasa pedih ulu hati- jauhi makanan berempah,berminyak.Makan pada jumlah sedikit tetapi kerap.Ubatan seperti stemetil,maxolon,ancoloxin, MMT dapat membantu anda.

5.Mengidam dan menolak makanan- ambil makanan gantian yang baik seadanya sehingga selera kembali sediakala.

6.Kejang- ambil kalsium yang cukup seawal 3 bulan sebelum kehamilan, rehatkan kaki secukupnya.

7.Sembab- naikkan kaki apabila berehat dan tidur.

8.Kotoran faraj- bersihkan sekerapnya. Beritahu Jururawat kehamilan atau Doktor sekiranya ia berserta kegatalan (fungus) atau berbau (jangkitan kuman).

9.Varikos vena- urat kaki yang timbul sewaktu kehamilan,naikkan kaki bila berehat dan tidur.Ia boleh juga berlaku di bahagian kelamin.Varikos boleh hilang atau kekal selepas bersalin.Daflon boleh diberi sekiranya ianya tersumbat atau menyakitkan.

10.Regangan kulit('stretch marks'), kegelapan warna kulit, melasma(tompok hitam di pipi).


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAHIRAN

Tanda-tanda:

1.Lendir berserta sedikit darah ('show')

2.Pecah air ketuban

3.Rasa kesakitan pada rahim- datang berulang-ulang yang semakin kerap, kesakitan berakhir antara 20-40saat

 

Tahap Kelahiran:

1.Tahap 1- Pangkal rahim mula melebar dari 0-3sm. Berlangsung mungkin selama 10jam

2.Tahap 2- Pangkal rahim melebar sehingga 10sm -pada kadar 1 sm sejam

3.Tahap 3- Apabila bayi dan uri selesai dilahirkan

 

Apakah 'Induction of labour'?

'IOL'-  dilakukan untuk memulakan ransangan kelahiran tahap 1 sekiranya:

1.Ibu tidak mendapat rasa kelahiran pada tarikh dijangkakan dan ditunggu sekitar10hari

2.Bayi tidak aktif

3.Pada minggu 38 jika ibu bermasalah darah tinggi, kencing manis

4.Keinginan pesakit yang mahu bayi dilahirkan pada tarikh yang diinginkan

 Sekiranya IOL gagal menghasilkan kontraksi rahim ke tahap 1, prosedur ini akan dibatalkan.

Adalah silap mengangapkan IOL akan berakhir dengan pembedahan!!

 

Apakah 'augmentation of labour' (AOL)?

Apabila pesakit berada pada tahap 2 kelahiran, rasa sakit yang tidak cukup kuat atau tempoh pelebaran pangkal rahim lambat dari jangkaan, ubatan diberikan untuk membantu rahim mengalami kontraksi yang baikdan secukupnya.Ini untuk mengelakkan masa kelahiran yang terlalu lama sehingga ibu merasa keletihan dan bayi menjadi lemah, seterusnya mengelakkan pembedahan.

 

Pembedahan

Sekiranya pelvik ibu kecil, uri menghalang laluan bayi,kesihatan ibu atau bayi berisiko,pembedahan 2 kali sebelumnya dan sekiranya ' AOL' gagal juga mendatangkan kontraksi rahim yang baik di tahap 2 kelahiran.