KLINIK AMAL & SURGERI SDN. BHD.

Kesihatan Anda Keutamaan Kami

CACAR AIR (CHICKEN POX)



Apa dia cacar?

Ianya penyakit berjangkit oleh virus varicella zoster. Jangkitan adalah melalui sentuhan langsung dengan pesakit cacar - tetesan saluran pernafasan dan lelehan cacar yang pecah.

Tempoh pengeraman virus adalah 2-3 minggu.

Tularan bermula dari masa pesakit dijangkiti (walaupun ruam vesikel belum kelihatan) sehingga semua ruam vesikel berkeruping.


Tanda penyakit:

1. Lesu, sakit kepala dan demam

2. Sakit otot dan sendi

3. Hilang selera makan

4. Ruam vesikel - gatal, sakit


Komplikasi:

1. Jangkitan kuman pada ruam - menyebabkan bernanah

2. Kuman di paru-paru (pneumonia)

3. Sawan (ensephalitis)

4. Keguguran bayi dalam kandungan, jangkitan bayi dalam kandungan and bayi yang baru dilahirkan

5. Kayap (herpes zoster) - apabila daya ketahanan bekas pesakit cacar lemah eg orang tua, pesakit asthma, leukaemia dsb


Pencegahan dan rawatan


1. Asingkan pesakit sehingga semua ruam berkeruping ketika jangkitan.

2. Makan makanan berzat (tidak perlu berpantang) dan minum air dengan banyak untuk mengelakkan dehidrasi

3. Mandi dengan bersih

4. Jangan menggaru atau memecahkan ruam vesikel

5. Berjumpa doktor untuk pengambilan ubat anti virus seawal 24 jam pertama untuk ubat bertindak dengan efisien


Vaksinasi:

1. Kanak-kanak berumur 12 bulan ke atas ( 1 dos suntikan), selepas 12 tahun (2 dos suntikan)

2. Melindungi 90-100% ( kecuali ketika wabak, risiko dijangkiti boleh terjadi tetapi pada kadar ruam vesikel yang sedikit)

3. Perlindungan dijangkakan sepanjang hayat

4. Selepas disuntik, antibodi terbentuk selepas 2 minggu

5. Selepas kontak dengan pesakit cacar, tunggu sehingga 4 minggu untuk mendapat vaksin (untuk memastikan anda tidak dijangkiti)

6. Suntikan ini selamat dan sedikit sahaja kesan sampingannya- sakit di tempat suntikan, ruam dan jarang sekali- demam yang sedikit



Penyusuan badan (Breast feeding)



Penyusuan badan

Kebaikan:

1. Mudah , murah dan menjimatkan masa
2. Ransangan penyusuan membantu kontraksi rahim supaya cepat pulih ke saiz asal
3. Ia menghalang kanser rahim dan ovari

Kandungannya:

Terbahagi pada 2 komponen - 'foremilk' dan 'hindmilk'

'Foremilk' - mengandungi banyak air dan protin berbanding 'hindmilk', laktosa dan nutrien lainnya.
'Hindmilk' mengandungi banyak lemak dan lebih berkrim, maka ia membekalkan banyak tenaga.

Maka apabila menyusukan bayi, pastikan bayi menhisap 10-15 minit di setiap payudara pada setiap waktu penyusuan
untuk memastikan bayi mendapatkan keduanya secukupnya.

Kekerapan penyusuan:

Bayi baru lahir memerlukan 8 penyusuan sehari (3 jam sekali) atau bayi yang mempunyai berat lahir rendah memerlukan 10-12 penyusuan
sehari ( 2 ke 21/2 jam sekali)

'Engorgement' (Pembengkakan payudara)

Disebabkan kurang kerap menyusu atau penyusuan yang tidak sempurna( incomplete emptying)

Untuk mengelakkannya:
1.buang susu berlebihan sekiranya bayi sudah menyusu 10-15 minit setiap payudara
2.gunakan kompresi hangat sebelum menyusu supaya aliran lebih mudah dan lancar

'Mastitis' (jangkitan kuman payudara)

1.Payudara akan menjadi merah, bengkak dan sakit.
2. Demam tinggi
3. Tetesan nanah boleh kelihatan selepas beberapa hari
4. Memerlukan antibiotik atau pembedahan sekiranya nanah mula berkumpul

Mengepam susu badan

1. Menggunakan tangan atau pam
2. Masukkan ke dalam botol yang telah disterilkan
3. Boleh tahan 24jam di petisejuk biasa  (4 darjah celsius) atau 2-4minggu di dalam petisejuk dinginbeku (freezer)
4. Dihangat menggunakan air panas selama 10minit (jangan masak di atas api)

Kekurangan susu badan

1. Kurang Vitamin K (penting pada bayi baru lahir untuk elakkan pendarahan)
2. Kurang zat besi - ia penting bagi 2 tahun pertama pertumbuhan otak bayi.Anda boleh berikan vitamin seawal bayi berusia
    4 bulan dan memberikan susu formula sebagai tambahan di dalam makanan bijiran bayi- nestum atau biskut