| Forum Home > Demam > Demam Cacar Air / Varisela, Chickenpox | ||
|---|---|---|
|
Member Posts: 1 |
saya lelaki umur 26 baru 4 hari kne penyakit ni..sy ada masalah..badan sy makin lemah..bukan sahaja sbb penyakit..tapi pantang org2 lama...kerana pantang dengan ikan kering dan ikan bakar dan nasi sahaja membuatkan saya tak lalu makan hingga menggurangkan tenaga saya..kerap kali sy meminta penjaga saya sediakan makanan yg lebih berkhasiat..tetapi dia dgn hujah mitos mereka sendiri..takut lambat sembuh, takut tak cantik kulit dsb..sy ada sedikit pengetahuan bahawa berpantang utk penyakit ini adalah salah kecuali hanya beberapa jenis makanan sahaja..oleh kerana sy tidak mempunyai iktisas dlm jurusan perubatan ini membuat segala cadangan sy xditerima..bleh tlg beri hujah yg bleh membantu sy spy dapat makan yang sedap2 sikit..:D | |
| ||
|
Site Owner Posts: 4 |
Salam,
Demam cacar (chicken pox) adalah disebabkan oleh jangkitan virus Varicella zoster dan BUKANNYA penyakit alahan.
Oleh kerana ia adalah jangkitan virus, kebersihan adalah penting. Tiada pantang pada makanan dan seumpamanya.
Parut hitam terjadi pada gelembung cacar disebabkan oleh jangkitan kuman sekunder kepada jangkitan virus cacar air. Oleh itu kebersihan adalah penting.
Untuk mengurangkan kesan sampingan cacar air serta memendekan jangka masa penyakit adalah dinasihatkan untuk pengidap penyakit ini untuk mendapatkan rawatan antivirus dalam tempoh 48 jam daripada mulanya gelembung cacar tersebut keluar.
Terima kasih. | |
| ||